Show Mobile Navigation

.

.

Term & Condition

Please understand T&C stated below before any transaction:

1. Transaction is base on First Come First Serve basis while stock at last.
2. Please clarify all doubts before purchasing/ordering.
3. Price stated NOT including postage fee unless stated otherwise.
4. Postage fee is based on purchased item.
5. Delivery will be done on next working day upon payment received via POS LAJU
NOTE : Pos Laju delivery within 1 business day (East Malaysia, 2 business day West Malaysia)
6. Items sold are NOT refundable or exchangeable.


Q&A

ME & our beloved TUN MAHATHIR

ME & our beloved TUN MAHATHIR

ABOUT US

KidsBRANDED by FleXedar

Hi.. I'm NorIZAN the founder of KidsBRANDED owned by FleXedar Marketing (SA0259970-X)

We are SSM Registered Company.

For Inquiry :

SMS / WhatApp :
012-2399355
E-mail :
kidsbranded@gmail.com
Account Number :
562218106438
Maybank : Flexedar Marketing

Happy Shopping !!


Contact Form

Name

Email *

Message *

myNuffnang

,

My Medela Freestyle story : After 6 Months ~ what a memorable day!

kidsBRANDED by FleXedar - 8:14 AM

Assalamualaikum...

#entry catatan dari personal blog#

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk bukan Oktober...dah masuk ke kuarter terakhir tahunan sudahhh.... Hari ini bermaksud genaplah baby Delisha 6 bulan setengah. Semakin keletah dan cerdik.
Dan pandai main, dah 'berjalan' dalam walker dengan lajunya... dah pandai ke dapur tolong mengemas pinggan dari rak rak pinggan... betapa masa berlalu begitu pantas...!!!


Alhamdulillah Delisha masih FULL BREASTFEEDING ! Bermaksud sudah 6 bulan ++ jugalah 
aku menngepam stok EBM untuk simanja tersayang...!!

Jika di imbas kembali sejarah penyusuan ketika baby2 sebelum ni, 1st baby Danish hanya 2 bulan setengah... 2005 awarness tentang penyusuan susu ibu masih belum begitu berkembang.. dengan kemudahan internet yang terhad...  bila naik kerja terus excited nak cari susu FM di pasarann... pump2 bagai ni tak terpikir lagi nak buat.  Penyudahnya 2 bulan setengah Danish dah minum susu formula sepenuhnya! Sedih kan!!!

Bila lahirkan 2nd Baby pada tahun 2007, Dania... awareness pasal penyusuan susu ibu sudah mula berkembanggg... aku sendiri pun mula dapat pendedahan dari seorang ofis mate. Banyak artikel yang dikongsikan macamana nak pump dan cara2 menyimpan EBM. Masa tu tekad untuk full breastfeed sekurang2 nya 6 bulan pada Dania !!! Lantas melaburkan sedikit RM beli Set Avent Manual breastpump.
KLIK SINI untuk catatan hari pertamaku

Pump Avent  manual yg pernah berjasa satu ketika dahulu

Catatan hasil EBM hari pertama 6 tahun lepas.... sekali pump 4-5 Oz..
3 kali pump baru dapat 12-13 Oz uhuhu..
berbanding dengan bila guna Medela Freestyle KLIK SINI.. sekali pump 8-9 Oz... 
3 kali pump ?? senang2 je kena cantas rekod masa guna  pump
single manual dulu kan hiihi

Alhamdulillahh... 6 bulan berlalu dan Dania dapat menyusu sepenuhnya samaada direct BF atau EBM.
Mujur baby sitter waktu tu rajin nak melayan EBM ni..  selepas 6 bulan stok EBM merudum... sekali pump pun tak dapat banyak... akhirnya aku pun give up pump. Tambah pulak nature kerja kat company  Jepun  yang tak mengizinkan aku  untuk spend masa yg lama utk pump.. dah la guna single pump, settle sebelah baru pindah sebelah... belum dan simpan dan cuci peralatannn lagii..
akhirnya Dania continue breastfeed campur FM bermaksud siang FM,
malam direct BF. Walaupun campur berterusan juga BF sehingga Dania 3 tahun alhamdulillah...
Yang kelakarnya hari pertama nak putuskan susu... guna asam jawa dalam pukul 10 malam.. Dania terus geli tak mauu... keesokan paginya aku tersedar pukul 5 pagi badan Dania panas!! Terus demam 3 malam berturut2!! Alahaii kesian anakku....

4 tahun kemudian, 3rd baby lahir, Dhiya 2011. Masa ni sama macam Dania target pun 6 bulan. Masih menggunakan AVENT manual breastpump. Alhamdulillah... Dhiya pun dapat full BF 6 bulan pertama tapi selepas 6 bulan aku pula pergi ke Jepun atas Trip Program Jenesys selama hampir 2 minggu... di sebebkan program yang agak padat maka aku tak dapat nak pump ikut schedule..... akhirnya bila balik stok EBM licin sama sekali dan aku pun tak dapat buat stock baru.... akhirnya setelah 6 bulan Dhiya pun campur minum FM siang dan malam EBM.

Tak lama lepas tu aku disahkan mengandungkan 4th Baby, Delisha. Setelah berbincang dengan Doktor, Dhiya masih continue BF sehinggalah  baby dalam kandungan berusia 34 minggu... aku ambil keputusan utk stop BF Dhiya untuk beri laluan  reproduction BM fresh dari 0  untuk 4th Baby. Maksud aku supaya colustrum, antibodi baby akan terhasil semula sebaik 4th Baby lahir...

Bila Delisha lahir kali ni aku tekad untuk beli Medela Freestyle..! Dengan niat untuk full BF Delisha dan qada' EBM Dhiya..! teringat kali pertama aku jatuh cinta pada Medela Freestyle ketika di Surau ofis sambil pump BM. Aku di satu sudut , dan disatu sudut lain ada seorang ibu yg turut pump susu.. tapi cuma dimasukkan dalam telekung sambil si ibu melayan handphone. Sedangkan aku sambil pump manual pakai tangan kejap2 selak tengok dah berapa oz.. keluar ke tak keluarrr... kejap lagi nak kena alih ke breast sebelah pulakkk.... aku rasa agak 'busy' jugak process mengepump tu tapi hasilnya... errr... nak tunjuk pun segannnn.... 

Sekali ibu yg disebelah tadi... tau2 je dah siap, matikan pump... bila keluarkan 2 botol dari balik telekung tu dia.... 4 Oz + 4 Oz di setiap botoll.... mak oiiii 8 Oz sekali pump sambil rileks2 jer...?????
Senanggg gilerrr!!!

Dan sejak tu lah aku berniat nak beli Medela Freestyle juga sekiranya ada rezeki untuk next baby..

Dan hari ini... alhamdulillah... diwaktu paling kritikal berbanding ketika baby2 terdahulu mencecah 6 bulann... 
aku akhirnya mampu tersenyum bangga dan puas melihat hasil EBM.... apa yang aku pernah lihat berlaku pada orang lain akhirnya menjadi kenyataan untuk diriku. Walaupun harganya agak mahal sementelah dah pun masuk anak ke-4 baru terhegeh2 nak sambar Medela Freestyle tak pernah
sesaat pun aku rasa membazir apatah lagi menyesal.
Sememangnya aku rasa begitu berbaloi melabur beli Medela Freestyle kali ini..!!

Ini adalah hasil EBM semalam, 1hb Oktober 2013 iaitu setelah Delisha berusia 6 bulan 2 minggu...


 Tak sedar pump handsfree sambil layan gadget baru tengok2 botol dah penuh!! mujur tak sampai
tumpahh uhuhuhu. Cepat2 tukar botol baruuu!

Punya la freestyle and handsfree... aku sendiri pun kadang2 terbabas kalau sambil pump
ralit buat benda lain ihihihi.


Walaupun gambar ni nampak macam 'cool' sebenarnya aku kelam kabut juga cepat2 pindah tube dari pumping set tu ke tube stopper. Lelambat takut susu banjir plakkk!
Pump masih ON sebab sebelah kiri masih continue pump.


Tu dia sebelah botol penuh...  6 Oz jugak tu


continue pump dengan botol baru


Hasilnya sessi pagi ... walaupun dah 6 bulan masih mampu pump dapat
10 Oz satu sessi..! suker sukerr sukerr!!!


Dan bersambung pump sessi petangg.... dapat lagi 9 Oz..
fressh ni snap baru lepas pumppp


Susu disebelah kiri yg dah disejukkan hasil sessi pagii..
dan 2 botol di sebelah kanan fresh masih hangat lepas pumpp... nampak botol masih berwappp


Alhamdulillah... untuk 2 sessi di ofis dapat hasil sehingga 19 Oz....!! 
biasanya aku akan pump 3 kali pada waktu siang tapi sessi ke-3 samaada otw balik ke rumah
atau sesudah sampai di rumah.
Jadi kalau lagi seround pun dapat 8 oz, dicampur semua total lebih dari > 25 Oz sehari !
Sangat sangat berbaloi2 bagiku...
kalau dulu di saat baby 6 bulan aku sudah pun hilang semangat mengepum kerana hasilnya tidak begitu memberangsangkann.... tapi kini segalanya berubah 360 degree..!

Stok EBM ku ...?  
Deep Freezer 100L hampir penuh dengan stok EBM Delisha dan Dhiya.
Stok yang mencukupi sekurang2nya untuk 3 bulan.
Aku guna bekas dadih je...senang nak susun dalam freezer.
Malam atau awal pagi bibik akan keluarkan dari freezer masuk dalam petiais kat dapur untuk process
nyahbeku dan akan dituang ke
botol susu sebelum dipanaskan dalam warmer *tak boleh dipanaskan terus direct dari bekas dadih*
 Bekas dadih ni pun akan
recycle 2-3 kali sebelum dibuang... disebabkan cycle EBM ada dalam 3 bulan
jadi lepas 3 bulan baru aku jumpa balik bekas dadih lama hihihih.

Sekarang ni dah masuk Oktober... masih dalam process clearkan stok bulan Jun dan
dan sebelum2nya huhuhu. Satu turus bekas EBM ni sebenarnya
terdiri dari puluhan tingkat bekass... memang tak sampai tangan nak cecah ke bawahhh
terpaksa berjinjit2 hihihi.


Nak tau tinggi mana Deep Freezer 100L ni ? Ahaa.. tu diaa..
Kalau Delisha masuk dalam tu pun tenggelam dengan EBM hihihi


Wajah ceria bayiku yang membesar dengan susu ibu sepenuhhnya.....!!


 Sesungguhnya tidak ada lagi yang mengembirakan buat seorang ibu yang masih menyusu
melihat botol2 milk storage dan freeser
penuh dengan EBM... sememangnya aku kini mampu tersenyum puas!!

Alhamdulillah... terima kasih Allah..... terima kasih juga Medela !!!

0 comments:

Post a Comment